Legenda tentang asal usul tenunan Iban Pua_Kumbu

Terdapat banyak legenda tentang asal usul Pua Kumbu, semuanya berkisar tentang watak Menggin dan Dara Tinchin dan seterusnya kisahpun bermula dengan Menggin, seorang pemburu Iban yang telah menyangka bahawa ia telah berjaya menembak seekor burung liar serta burung itu sangat cantik iaitu menembak burung tersebut dengan sumpitannya namun sejurus selepas pemburu itu menyumpit sasarannya yang dia sangkakan adalah seekor burung ia pun berlari dengan sepantas yang boleh namun apa yang dia temui selepas ia sampai di tempat ia lihat sesuatu yang ia sangkakan burung liar yang sangat cantik itu tadi hanyalah sehelai kain tenunan dan adalah bukannya seekor burung justeru itu pemburu itu mengambil keputusan menyimpan kain tenunan oleh kerana dia tidak pernah melihatnya sebelum ini iaitu sehelai kain tenunan yang bergitu unik dan sangat cantik dengan terdapat pelbagai corak pada kain tersebut bagaimanapun dia tidak tahu bahawa ia adalah milik Dara Tinchin Temaga, anak sulung seorang petara yang dikenali sebagai Singalang Burong dia mencari kainnya di merata tempat apabila dia bertemu Menggin dan ia pun memulangkan kain tenunan itu sebagai balasan, Dara berkahwin dengan Menggin, walaupun dia sudah berkahwin.

Dia membawanya ke rumahnya, dunia lain, tanah para Dewa. Mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Sera Gunting. Selepas setahun, suami pertama Dara pulang ke rumah dia meminta Menggin dan Sera kembali ke dunia Iban dan untuk perjalanan mereka memakai jaket yang dikenali sebagai baju burong dan kain yang ditenunnya sejak hari itu, jaket dan kain telah diturunkan kepada ramai wanita Iban supaya mereka boleh menenun reka bentuk yang sama dan kekal dekat dengan Dewa lantaran itu begitulah bagaimana bermulanya asal usul tenunan pua kumbu.

Berkaitan